Thursday, May 21, 2009

Berbudi pada tanah 1...

Secantik bunganya seindah itu juga namanya, iaitu naga atau dragon fruit. Bentuknya kalau diamati memang seperti naga..Maha Kuasa Allah Pencipta langit dan bumi..Lama juga menyemai, membaja(kadang-kadang terlupa), hampir dua tahun mencuba dan mencuba akhirnya dapat juga merakam saat-saat indah ini..bukan tak biasa makan, sejak tahun 2000 lagi. Tetapi apabila ditanam sendiri, perasaannya sukar digambarkan. Benih dibawa dari Kuala Pilah. (Sekarang tempat itu juga ada menjual jus, air naga dalam tin dan jem naga). Isi buah naga ini berwarna putih, warna merah dan warna kuning tetapi sekarang banyak yang berwarna merah. Biasanya ia sedap dimakan jika sejuk(masukkan dalam peti sejuk). Potong terus samada secara membulat setebal 1cm, baru dibuang kulitnya dan dimakan. Memang sangat sedap, manis dan umpph....alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment