Thursday, May 21, 2009

Berbudi pada tanah 2


Mawar atau rose putih ini adalah antara bunga terpilih yang ditanam di halaman rumahku. Bunga ini mengingatkan aku pada ayah di kampung, ayah menanam bunga dan meminati bunga ros. Aku juga menanam bunga ini kerana keistimewaan yang ayah letakkan pada namaku. Bunga rose sebenarnya amat senang dijaga dan berbunga. Apabila ia sedang mengembang, baunya sangat harum. Tenang rasanya apabila pulang dari kerja dan melihat bunga-bunga mekar dan indah. Subhanallah..sesuatu yang cantik itu ada hikmah yang tersembunyi. Mawar berduri ini perlu dipotong dan digunting bunganya samada ketika ia kembang untuk disimpan di dalam rumah atau setelah ia layu. Ini supaya bunga baru dapat tumbuh semula dan menggalakan pertumbuhan daun baru.
Ini pula bunga raya yang ditanam ayah ketika ia datang melawat ke sini.
Bunga raya ini agak ganjil sedikit berbanding bunga raya biasa. Stigma bunga raya ini berbunga juga seolah-olah dua lapisan. Patutlah ayah selalu bertanya di telefon, sudah berbungakah pokok bunga raya yang ayah tanam tu?
Sudah ayah..warna pitch, aku hanya melihat dari tingkap, meninjau-ninjau untuk berbahasa dengan ayah. Tengoklah dekat-dekat baru tahu...gesa ayah seperti tahu sudah lama aku tidak bercakap-cakap dengan pokok-pokok yang ditanam seperti yang diajar ayah. Terima kasih ayah, terima kasih yang tidak terhingga atas budi yang tak mungkin dapat aku balas.

No comments:

Post a Comment