Wednesday, May 20, 2009

My Pet- Hamster



Experienced From Observation 1

Binatang kesayangan atau pet keluarga iaitu hamster mula dipelihara akhir tahun 2007. Ini kerana hasil cadangan berkali-kali putri ke 2 yang perlu menulis karangan binatang kesayangan tetapi tidak berpuas hati hanya dengan imaginasi semata-mata..Bermula dari 3 ekor kemudian tinggal seekor kerana mati akibat tersepit dan seekor lagi kerana‘murung’(pasangan mati tersepit) bermulalah era perkembangan pesat keluarga hamster di rumah dengan bilangan sekarang 32 ekor.

Perkara pertama yang dapat dipelajari tentang hamster ialah ibu kepada anak-anak hamster yang kecil menjadi amat garang dan tidak keruan walaupun ketika kita hanya melihat anak-anaknya. Kalau istilah putri 3, ibu hamster dah gila agaknya….(kalau manusia tu istilah meroyan-kalau jiwa tak kuat). Walaupun sebelumnya ibu hamster adalah yang paling manja dan tidak menggigit. Biasanya kalau terjadi begitu kami akan biar dia bertenang sendiri( apa lagi yang boleh dibuat), kami akan sediakan tempat yang boleh disorok anaknya dari pandangan. Jika tidak, dia akan berlari sambil menggonggong anaknya (gigitan di leher seperti kucing membawa anak) ke sana ke mari tak berhenti-henti.

Sikap pelindung yang dikurniakan Allah pada seorang ibu adalah sangat kuat dan terlihat dalam seekor binatang yang kecil dan comel. Apatah lagi kita manusia yang mempunyai akal dan kelebihan. Apa saja kekurangan dalam diri manusia itu berkaitan dengan ilmu yang ada dalam dirinya, menjadi seorang ibu yang baik memerlukan ilmu dan ilmu itu tidak semestinya dipelajari dari sekolah atau universiti..

Experienced From Observation 2


Aku telah menjadi seorang pembunuh? Kesalnya aku kerana tersilap langkah..Anak-anak hamster sebanyak 14 ekor mati kerana digigit oleh ibu tumpang yang aku jangkakan akan menyayangi anak-anak dari ibu yang lain seperti sayangkan anak-anaknya sendiri. Ini berlaku kerana terdapat dua ekor ibu hamster yang beranak kecil masing-masing 4 dan 10 ekor. Semasa bersihkan rumah hamster, dan dengan niat tulus ikhlas supaya ibu-ibu hamster dengan anak-anaknya dilonggokkan sekali dalam satu rumah lain, mudahlah dibesarkan anak-anaknya dan tidak diusik oleh hamster-hamster jantan yang gagah dan ceria tetapi teori tinggal teori, satu trajedi telah berlaku tidak sampai 10 minit, pergaduhan amat sengit telah berlaku dan anak-anak menjadi mangsa terkulai kaku semuanya. Terpegun dan terkejut melihat peristiwa itu sehingga tidak mampu untuk berbuat apa-apa untuk menyelamatkan anak-anak hamster yang comel. Kedua-dua ibu tadi cuba dileraikan tetapi ia seperti magnet yang tidak boleh ditahan-tahan. Semasa meleraikan dan cuba menahan dari menyerang kedua ekor ibu tadi, semasa itulah yang seekor lagi bertindakbalas menggigit anak-anak hamster yang masih kecil. Nasib baik aku memakai sarung tangan, jika tidak mungkin aku juga digigit oleh ibu-ibu hamster yang ganas..luka juga tangan dan kaki mereka tapi hingga sekarang masih hidup tetapi anak-anaknya walaupun lukanya kecil mungkin keupayaan untuk menahan diri tidak kuat, paling kuat pun ada yang bertahan sehingga hari kedua dan kemudiannya….


Terlalu melindungi anak adalah satu cara yang kurang baik dalam mendidik. Begitu juga kesannya terhadap sahsiah seseorang...

No comments:

Post a Comment